Rabu, 3 Ogos 2016

BERCUTI KE SUNGAI LEMBING (PART 2)



Continue part 2
Lepas kita org kenyang setelah makan di kedai makan berhampiran pekan area SUNGAI LEMBING..
Aku dgn Apis  terpikir,,nak jalan2 dekat ghost town ni..cari benda yang menarik..maybe boleh share dgn bakal yg bercuti ke sini..

1st location kami..kami decide memilih MUSEUM SUNGAI LEMBING..
Nak masuk kesini kami Cuma bayar tak lah berapa mahal.. tak silap RM15.00 seorang..sebab time tu,,semue perbelanjaan ditanggung oleh Apis..aku Cuma bawak rm15 jerk masa kesini..hahaha.. Apis cakap no need to bring lots of money..wahahaa..

Direction nak ke museum ni..den share ok..

Bila sampai di pekan Sungai Lembing, terus je sampai hujung pekan. Akan nampak Muzium Sungai Lembing atas bukit sebelah kiri. Laluan ke lombong terletak bersebelahan dengan laluan ke muzium tadi.
 +MUZIUM SUNGAI LEMBING+

+ANTARA POKOK TERTUA DI PEKAN NI+


 +GHOST TOWN SUNGAI LEMBING,,TERUJA KAN+

+INILAH TOPI UNTUK MASUK KE LOMBONG BIJIH TIMAH+

Masa aku kesini lah baru aku tahu..rupanya SUNGAI LEMBING suatu ketika masa dulu adalah salah satu penyumbang kepada pendapatan MALAYSIA..fuhhyoo info tu..kalau tak kesini ..jahanam aku tak tahu..org malas baca jadilah macam aku ni..hihihii..serba serbi tak tahu…
Nama pun muzium..so banyak benda ilmu yang ko org dapat kalau kau kesini..daripada tentang bijih timah,sultan yg memerintah. Banyak yg aku dapat ilmu disini..siapa yang menguruskan bijih timah..everthing disini. Dulu aku belajar time sekolah jerk..tak masuk otak pun hakikatnye..skrg aku disini..baru aku paham..kalau tidak SUNGAI LEMBING lagi famous dari KUALA LUMPUR..yang pasti tempat ni bebas cukai..free duty..ecehwah macam Langkawi plak.




Dan sebelah petang tu lepas kami melawat MUSEUM ni..aku ajak Apis jalan-jalan ke HANGING BRIDGE… Jambatan Gantung Kolong Pahat (The Suspended Bridge of Kolong Pahat)
Pergh aku teruja sebab before ni aku pernah jugak main atas jambatan gantung ni..time tu umur 12 tahun..tak silap aku dekat BUKIT CERAKAH..urm,, im miss my childhood.. tapi x lah takut sangat..tapi yang ni aku teruja..sebab bawag jambatan ni..ada sungai..

Untuk pengetahuan kau, jambatan gantung nil ah..tempat budak-budak sekolah lalu nak ke sokolah..kiranya jambatan ni mengabungkan kampong sebelah dengan pekan SUNGAI LEMBING..
Masa aku duk amik gambar kat jambatan tu..tiba-tiba adalah motor ni nak lalu kat atas jambatan tu..perghh mengigil lutut aku..takut pakcik tu hilang kawalan dan melanggar aku..so aku akan jatuh ke sungai..kahahha..tinggi imagine aku..tapi pakcik tu steady jerk lalu situ..yelah alah bisa tegal biasa..malam tu aku dengan Apis lepak bilik jerk..sebelum balik ke CAPSULE..aku sempat makan malam..kami tak nak kebuluq dalam bilik nanti…lagipun esok pagi2 aku kena bangun seawal 5pagi nak simpan tenaga nak AIR TERJUN PELANGI..

++esok sambung lagi++

Tiada ulasan:

Catat Ulasan