Continue part 3 (8/10/2015)
Aku dengan Apis bangun lebih kurang 4 pagi. Kami terkoncoh-koncoh cuci muka,salin baju. Memandangkan Apis bukan jenis yang meleleh atau lebih tepat dia sangat-sangat punctual masa. Lagipun sebelum kami masuk tidur malam tadi, Akak yang kerja di TIME CAPSULE pesan pada kami, yang kederaan pacuan 4 roda akan ambil kami pada pukul 5 pagi.
Jadi,aku dengan Apis dah bersiap-siap..lebih kurang dalam 20 minit macam tu kami tunggu kederaan 4x4 tu, dalam keadaan gelap dan cuaca pagi yang sejuk tu aku dan apis naik 4x4 tu,,kami duduk di belakang 4x4..oh sebelum aku terlupa, aku cerita sedikit 4x4 ni dah diubah suai. Tempat ruang kosong dibelakang4x4, telah di ubah dan diletak kerusi panjang kerusi bas mini lah kiranya,,
Ok berbalik semula,,kami meyusuri jalan di pekan sungai lembing tu seawal 5 pagi..wow sumpah aku suke bau embun,bau pagi haritu..aku macam biasa lah,,menjerit2 suka dekat belakang kederaan 4x4..its heaven u know!!..hahahahha
Tapi sebelum kami memulakan perjalanan..uncle yang bawa kami, berhenti di deretan kedai makan..urm,, FOOD COURT,, aku dengan Apis Cuma mengalas perut dgn 2 biji telur separuh masak dan Air Kopi..itu pun cukup bagi aku untuk mengalas perut nanti untuk trecking.
Tepat jam 6.30pg.. Uncle tu memanggil aku dan Apis untuk siap naik ke pacuan nya..oh ya..bukan kami 2 org sahaja..rupenya ada hampir 6 orang perempuan cina, linkungan umur lebih kurang 40an ke 50 an.. aku sempat berbual dengan mereka..mereka dari IPOH,dan datang kesini atas tujuan yang sama macam aku dan Apis,
Selepas kami semua naik dan duduk ditempat disediakan di atas tempat duduk belakang pacuan itu..Uncle a.k.a driver terus meluncur membawa kami untuk jungle trecking. Tapi pada haritu kami aku dengan Apis bertuah,sebabnya..Uncle a.k.a driver kami tu, dia dah discuss dengan 1 group dari IPOH tu,,nak bawa kami semua ke SUNSET HILL..hihihi kami sungguh bertuah kan..kalau x memang jenuh kami nak mendaki,lagi pun sebelum tu ada jugak kami GOOGLE tapi tak pernah kami dapat info tentang SUNSET HILL dan kalau ikutkan package untuk AIR TERJUN PELANGI tu, bukit ni tak termasuk dalam package..tu yg kami rasa beruntung hari tu..
Uncle a.k.a driver terus membawa kami naik terus ke puncak SUNSET HILL dengan menaiki pacuan 4 rodanya.. lepas kenderaan di parking..kami turun dan mendaki sikit lah untuk ke puncak..wow serious sangat cantik..tapi kalau kau rasa nak naik bukit ni..kena pastikan naik sebelum matahari timbul..trust me..sangat cantic..dengan kabus2,,itulah keindahan ciptaanNYA. Bila kabus semakin hilang dan matahari dah nampakkan dirinya,kami terus menyambung perjalanan kami.
+ SUNSET HILL +
Dan kali ini kami terus AIR TERJUN PELANGI.. perjalanan kami dari pekan sungai lembing ke air terjun mengambil masa dalam 30 minit macamtu. Yang best nya, kami melalui hutan simpan PAHANG.urm,, time tu yang aku Nampak hijau daun dan bau hutan..wow..amazing,,mana taknya..4x4 lalu sungai lalu hutan, lalu lopak..best kot..den jerit kuat2..hahahhaha
+AIR TERJUN PELANGI+
40 minit tu aku dengan apis berjalan dalam hutan tu..cuak sikit lah,aku takut rimau asalnya..hihii.. tapi ok lah,ramai2 dengan uncle tu sekali,,hilang rasa gementar tu,, tapi kali ni aku tak rasa penat langsung..
Bila kami sampai atas puncak dengan air terjun..YES aku orang pertama yang nampak pelangi tu dari jauh..apis jauh skit dari aku..aku dah berlari2 anak menuju ke situ..amazing..mmg sangat2 cantik..aku dah jerit2 panggil Apis..cepat sikit jalan..
+MAGGI MI+
Air mata air yang jatuh dari nun atas puncak tersangat lah memukau tau.. aku xlepaskan peluang.apa lagi ,,berenang sampai ke tempat pelangi tu..tapi pelangi mana lah boleh pegang.makin dekat makin hilang, lagi satu kalau nak kesini memang kena cepat, sebelum tengahari, nanti pelangi hilang,,sebab dia kan biasan cahaya jerk..air die tak payah cakaplah,,memang sejuk..masa tengah2 aku main air,,UNCLE tu dah panggil aku dengan Apis,,dia ajak kami makan..wow ..u know die masakkan kami MAGGI MI dengan air MILO panas tau..perghhh lagi r asyik..rupanya bayaran RM40(seorang) yang kami bayar include dengan ni semua,,paling best dapat pergi SUNSET HILL..
lepas dah makan maggi mi, dah puas ambil gambar,done kami bersiap2 untuk balik ke time capsule..
tapi lagi sekali UNCLE ni bawak kami jalan2 dalam hutan simpan tu..kami pergi air panas plak..AIR PANAS tu dalam perigi..time tu aku tak turun pun sebab aku pelik air tu dalam perigi kecil ..tak boleh lah nak mandi..cuma boleh rasa dengan tangan jerk..tapi terima kasih UNCLE u mmg baik hati..
dalam pukul 12 kami sampai ke bilik..apa lagi, capai towel mandi dan take time 1 hours untuk tidur..hihihi..sebab macam tak cukup tidur,,Apis cakap nanti pukul 1 lebih keluar lunch....